Bermula April 2017, potongan dalam penyata gaji penjawat awam tidak boleh melebehi dari 60%.
Pelaksanaan ini kerana mahu membentung tahap keberhutangan yang tinggi dalam kalangan penjawat awam.
Berikut adalah pemberitahuan daripada JANM.
Dimaklumkan mulai April 2017, Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan melaksanakan sekatan bayaran potongan gaji Penjawat Awam sehingga maksimum 60% dari jumlah gaji kasar melalui sistem gaji berkomputer JANM.
Pegawai awam adalah bertanggungjawab untuk mengurus sendiri sebarang pembayaran potongan gaji yang tidak dapat dibuat potongannya melalui sistem gaji. Arahan ini selaras dengan keputusan Kerajaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan arahan ini, sila emel kepada bkp_kajian@anm.gov.my atau rujuk kepada FAQ.
Apakah yang dimaksudhkan dengan potongan gaji tidak melebihi 60% tersebut.
Mudah sahaja, tengok pada Slip Gaji anda, pada ruang Jumlah potongan itu adakah ia melebih 60% dari gaji kasar anda.
Melalui contoh di atas, formula mudahnya untuk mendapatkan jumlah potongan adalah
100 - [Peratus gaji bersih] = Jumlah potongan
100 - 63.39 = 36.61
Jumlah potongan gaji kakitangan di atas adalah 36.61%
Sekiranya potongan anda telah mencapai 60%, maka anda perlu menguruskan sendiri hutang anda, andainya ingin membuat pinjaman lain selepas ini.
0 Ulasan