COVID-19 : Dua murid SMK Pandamaran Jaya disahkan positif

 


Klang: Dua murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandamaran Jaya, dekat sini, disahkan positif Covid-19.


Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman ketika dihubungi mengesahkan terdapat kes positif di sekolah berkenaan.


Katanya, kedua-dua murid berkenaan yang juga adik-beradik disyaki dijangkiti wabak itu daripada abang mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah baru-baru ini.


Beliau berkata, pihaknya sudah berhubung dan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk tindakan selanjutnya malah perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Sementara itu, Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail berkata, sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa kerana proses sanitasi sudah dilakukan.


Difahamkan, dua murid berkenaan sudah dikuarantin dan pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) juga sudah melawat sekolah berkenaan tengah hari tadi.


Terdahulu, beberapa pesanan dari aplikasi WhatsApp yang menyatakan terdapat dua kes aktif di sekolah berkenaan tular sejak semalam.


Menurut pesanan itu, murid tidak dibenarkan ke bilik-bilik khas seperti makmal komputer, makmal sains, bengkel dan lain-lain untuk meminimumkan pergerakan.


Catat Ulasan

0 Ulasan