Login SAPS Semakan Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah



saps semakan ibu bapa

Ibu bapa hari ini tidak perlu lagi bersusah payah ke sekolah setiap kali mahu mendapatkan keputusan anak-anak kerana dengan adanya sistem SAPS Semakan Ibu Bapa, anda hanya perlu login untuk semak keputusan pelajar sepanjang tahun 2020.
Pengenalan sistem ini disambut baik semua waris kerana memudahkan proses pemantauan perkembangan dan kemajuan anak-anak di sekolah.
Perhatian! Sistem SAPS ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf keselataman sistem tersebut.
Guru-guru boleh mengemaskini aplikasi pangkalan data murid seperti yang diminta oleh KPM dari masa ke masa.

SAPS SEMAKAN IBU BAPA

Melalui sistem ini juga, ibu bapa boleh mengetahui Kedudukan Dalam Kelas (KDK) dan Kedudukan Dalam Darjah (KDD) bagi sekolah rendah atau Kedudukan Dalam Tingkatan (KDT) bagi sekolah menengah.
Untuk makluman para waris, sistem SAPS menyokong kesemua ujian peringkat sekolah termasuk  ujian percubaan sekolah rendah dan menengah.
Namun bagi peperiksaan umum seperti UPSR, PT3 dan SPM 2017, ibu bapa perlu membuat semakan secara manual di sekolah masing-masing atau secara SMS seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

LOGIN SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH

Untuk membuat semakan kedudukan dalam kelas atau semakan keputusan belajar, layari portal rasmi SAPS di https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
Kemudian login seperti biasa dengan memasukkan nombor kad pengenalan pelajar dan klik “Cari”.
Langkah seterusnya adalah pilih negeri dan nama sekolah.
Klik “Semak”.
Sistem kemudiannya akan memaparkan rekod keputusan pelajar yang terkini termasuk pencapaian gred, rekod kedudukan dalam kelas dan peratusan markah pelajar-pelajar.
Berikut adalah sistem gred pemarkahan sebagai rujukan anda:
Gred Sekolah Rendah
  • 80-100 Gred A Cemerlang
  • 65-79 Gred B Baik
  • 50-64 Gred C Memuaskan
  • 40-49 Gred D  Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir
Gred Sekolah Menengah
  • 85-100 Gred A Cemerlang
  • 70-84 Gred B Kepujian
  • 60-69 Gred C Baik
  • 50-59 Gred D  Memuaskan
  • 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir
Gred Menengah Atas
  • 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
  • 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
  • 70-79 Gred A- Cemerlang
  • 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
  • 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
  • 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
  • 50-54 Gred C Kepujian
  • 45-49 Gred D Lulus Atas
  • 40-44 Gred E Lulus
  • 0-39 Gred G Gagal
  • TH Tidak Hadir
Sekiranya anda mempunyai masalah ketika log masuk ke sistem SAPS, sila rujuk FAQ Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah 2019.
Semoga perkongsian ini membantu ibu bapa lebih memahami tentang proses semakan keputusan pelajar secara online melalui SAPS.

Catat Ulasan

0 Ulasan