Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Sukan Negeri Perak 2023

 


Pelajar yang aktif dalam bidang sukan dan berminat untuk memohon kemasukan Sekolah Sukan Negeri Perak untuk Tingkatan 1 bagi tahun 2023, permohonan kemasukan telah dibuka.

Untuk makluman, terdapat 1 sekolah sukan di Negeri Perak iaitu SMK Gunung Rapat, Ipoh, Perak.

Sekolah ini telah melahirkan ramai atlet sukan sama di peringkat negeri atau negara seperti:

  • Azeem Fahmi: Pelari Pecut Negara
  • Dian Nur Syakira: Pemain Hoki Kebangsaan
  • Alif Zikri: Pemain Bola Sepak Liga Super
  • Khairunnisa Nazri: Pemain Bola Jaring Kebangsaan
  • Asyraaf Hadi: Pemain Takraw Kebangsaan

Bagi mereka yang berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian sebelum 10 Disember 2022.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:

  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Merupakan murid Tahun 6 yang telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada Tahun 2022 Di Negeri Perak
  3. Murid yang sihat tubuh badan.
  4. Murid yang aktif dalam penglibatan sukan dan kokurikulum.
  5. Sukan yang ditawarkan adalah seperti:
    – Hoki Lelaki dan Perempuan: SSN Perak
    – Sepak Takraw: SSN Perak                                     
    – Olahraga: SSN Perak     
    – Bola Jaring: SSN Perak            
    – Memanah: SSN Perak                                      
    – Bola Sepak: SSN Perak
    – Ragbi: SMK King Edward VII
  6. Pemohon yang memenuhi kriteria pemilihan akan dipanggil/dihubungi oleh pihak Urus Setia untuk dinilai melalui:
    – Ujian Kemahiran Sukan
    – Ujian TID
    – Ujian Psikometrik Dan Aptitud

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://gg.gg/Kemasukan-SSN-ARNP2023.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan Sekolah Sukan Negeri Perak 2023, sila hubungi:

  • En. Muhammad Amir Izwan Tan bin Abdullah (PK Kokurikulum, SSN Perak): 019-574 0069
  • En. Noor Zaid bin Saidin (Penyelaras SSN Perak): 012-567 2651
  • En. Sufian bin Ishak (Penolong Pengarah UPBM, JPN Perak): 012-463 8720

Catat Ulasan

0 Ulasan