Panduan Permohonan UPU Online 2021 Serta Tarikh Penting

 Makluman awal bagi lepasan SPM / STPM / Setaraf yang ingin memohon untuk permohonan UPU sesi 2021/2022. Seperti sedia maklum, lepasan SPM perlulah memohon ke UPU untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti Asasi, diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan melalui UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Kolej Komuniti sesi akademik 2021 / 2022 untuk Lepasan SPM (Setaraf) dan Lepasan STPM (Setaraf) akan dibuka bermula pada tarikh 4 Januari 2021 .


Permohonan UPU Online 2021 / 2022

Sebagai makluman, untuk membuat permohonan serta mengakses sistem borang permohonan UPU online, setiap pemohon wajib membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Jualan akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan.

Tarikh rasmi permohonan dibuka : 4 Januari 2021  jam 12 tengahari

Nota : Tempoh permohonan UPUOnline akan ditutup pada 31 Mac 2021

Cara Memohon Melalui UPU Online

Harga nombor PIN Unik ID adalah RM15.00. Bagi pendaftaran permohonan 2021/2022, anda tidak perlu membeli pin unik ID di BSN dan hanya perlu mendaftar, log masuk, dan mengisi maklumat peribadi. Selain itu anda juga boleh menyemak program yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, pendaftaran permohonan ini hanya terbuka kepada:

  • Calon SPM tahun 2020, 2019 dan 2018
  • Calon STPM tahun 2020 sahaja
  • Calon tahun akhir Matrikulasi/ Asasi/ Pasum
  • Calon STAM tahun 2020 dan 2019

Untuk mendaftar sila klik pautan dibawah :

Tarikh-Tarikh Penting UPU

Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan 2021/ 2022 meliputi tarikh buka dan tutup permohonan serta tarikh pembelian Pin unik ID UPU.

  • Tarikh Buka Permohonan Online 2021/2022 : 4 Januari 2021 (12 tengah hari)
  • Tarikh Tutup Permohonan : 7 April 2021 (5 petang)

Nota : Tiada pembelian no Pin PUK anda boleh terus membuat permohonan

This image has an empty alt attribute; its file name is FB_IMG_1610696942777.jpg

Kategori Permohonan UPU 2021 / 2022

1) Lepasan STPM / Setaraf ( Ijazah Sarjana Muda )

  • STPM 2020
  • Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM 2019 / 2020
  • STAM 2019 & 2020
  • Diploma / Setaraf – Diploma UA/ Politeknik , DKM / DLKM/ DVM/ Diploma IPTS/ Diploma Luar Negara/ Lain-lain diploma. Kelayakan Setaraf Seperti A Lavel/ IB/ AUSMAT/ SAM/ CPU/ STPM, Matrikulasi , STAM ( Bukan tahun semasa )

2) Lepasan SPM/ Setaraf ( Asasi , Diploma& Sijil di UA, Politeknik , Kolej Komuniti & ILKA )

  • SPM 2020
  • SPM 2019
  • SPM 2018

Syarat Dan Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

Cara Mengisi Borang Permohonan UPU Online

  1. Untuk pemohon kali pertama, pemohon perlu mencipta akaun baharu bagi membolehkan anda membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA
  2. Masuk dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Akaun Baru untuk melengkapkan borang permohonan UPU Online.

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Bagi mengikuti sebarang maklumat terkini ataupun pertanyaan, pemohon boleh melayari laman sosial Facebook rasmi dan Portal rasmi UPU melalui judul pautan di bawah :

Semoga Panduan ini bermanfaat buat pemohon yang ingin membuat permohonan dalam melanjutkan pengajian anda yang disebutkan di atas.

Catat Ulasan

0 Ulasan