PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR 2.0)




Kementerian Pendidikan Malaysia
telah mengeluarkan Panduan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah versi 2 (PDPR 2.0). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Versi 2 dibangunkan sebagai penambahbaikan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah yang dikeluarkan pada 2 Oktober 2020. Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dibangunkan bertujuan untuk membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu. Manual ini juga sebagai rujukan untuk pentadbir sekolah, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

 Manual ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan surat pekeliling ikhtisas, surat siaran, surat pemakluman dan garis panduan KPM berkaitan yang sedang berkuat kuasa. Sekolah perlu memastikan semua murid dapat mengikuti PdPR berdasarkan keperluan dan kesediaan mereka. Guru perlu mengenal pasti kaedah PdPR yang sesuai supaya murid dapat menguasai kandungan mata pelajaran yang ditetapkan. Guru hendaklah meneroka cara yang berbeza dan bersesuaian untuk kelangsungan dan peningkatan pelibatan murid dalam PdPR. 

 Antara kaedah PdPR yang boleh digunakan ialah pembelajaran menggunakan modul dan pembelajaran berasaskan projek. 
 11.1. Modul pembelajaran perlu dirancang secara berstruktur untuk memenuhi keperluan mata pelajaran dan dilaksanakan dalam tempoh yang bersesuaian. 

11.2. Modul pembelajaran yang dibangunkan perlu mengandungi perkara-perkara berikut: 
            11.2.1. Sasaran murid (prasekolah, rendah, menengah). 
            11.2.2. Tajuk atau tema modul. 
            11.2.3. Objektif pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran                                 (DSKP). 
            11.2.4. Tempoh pelaksanaan aktiviti. 
            11.2.5. Penerangan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti. 
            11.2.6. Nota berstruktur berkaitan dengan tajuk modul. 
            11.2.7. Aktiviti yang relevan dengan topik PdP (contoh). 
            11.2.8. Pentaksiran untuk mengukur penguasaan murid. 

11.3. Modul pembelajaran ini diedarkan kepada murid berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang ditetapkan. 

11.4. Murid perlu menyerahkan hasil tugasan untuk disemak/ditaksir dan mendapatkan maklum balas daripada guru sebelum menerima modul pembelajaran seterusnya. 

11.5. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berasaskan projek dilaksanakan mengikut mata pelajaran atau gabungan beberapa mata pelajaran. Pelaksanaannya adalah seperti berikut: 
        11.5.1. Memberi tajuk kepada murid. 
        11.5.2. Membimbing murid untuk mengenal pasti kaedah menyiapkan projek yang diberikan. 
        11.5.3. Membimbing murid untuk mengenal pasti bahan, peralatan dan kos yang diperlukan. 
        11.5.4. Menentukan jangka masa menyiapkan projek. 
        11.5.5. Membimbing murid menyelesaikan projek. 
        11.5.6. Membentangkan hasil projek. 
        11.5.7. Membuat refleksi tentang proses penghasilan projek. 

11.6. Guru boleh juga melaksanakan kaedah PdP yang lain seperti kelas balikan (flipped classroom), pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran masteri, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran penyelesaian masalah. 

 Guru Mata Pelajaran 
6.3.1 Menentukan kandungan kurikulum yang akan dilaksanakan berdasarkan jadual waktu PdPR. 
6.3.2 Menyediakan bahan PdP dan tutorial yang bersesuaian dalam peruntukan masa yang ditetapkan dalam jadual waktu PdPR serta boleh diakses semula oleh murid. 
6.3.3 Melaksanakan PdPR berdasarkan jadual waktu yang ditetapkan. 
6.3.4 Mentadbir PBD selari dengan pelaksanaan PdP dan tutorial yang dilaksanakan. 
6.3.5 Membuat jaringan dengan ibu bapa/penjaga atau murid dalam melaksanakan jadual waktu PdPR. 6.3.6 Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga dan murid sekiranya berlaku sebarang perubahan jadual waktu. 

 Ibu Bapa/ Penjaga 
6.4.1 Memastikan anak/anak jagaan mendapat Jadual Waktu PdPR yang disediakan oleh pihak sekolah. 6.4.2 Memastikan anak/anak jagaan mengikuti PdPR berdasarkan jadual waktu yang ditetapkan. 
6.4.3 Berkomunikasi dengan pihak sekolah bagi menyokong pembelajaran anak/anak jagaan. 
6.4.4 Memberi sokongan dalam membantu anak/anak jagaan untuk belajar. 

Muat Turun Surat Siaran pdfdi sini (461 KB) Muat Turun Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah pdf di sini (3.44 MB) 
 Muat Turun Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah pdf di sini (1.48 MB)

Catat Ulasan

0 Ulasan