PUTRAJAYA: Pelaksanaan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) bagi murid Tahun 4 hingga Tingkatan 4 telah dibatalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui satu surat yang bertarikh 22 Oktober 2020.
KPM memaklumkan ujian SEGAK ini hanya akan dilaksanakan kepada murid Tingkatan 5 sahaja.
"Berdasarkan situasi semasa penularan Covid-19 dan surat Penangguhan Program/Aktiviti Sukan, Kokurikulum, Seminar, Bengkel Serta Aktiviti lain selain Pengajaran dan Pembelajaran Secara Bersemuka bertarikh 21 Oktober 2020, ujian SEGAK bulan Oktober 2020 dibatalkan.
"Ini melibatkan murid Tahun 4 hingga Tingkatan 4 (berumur 10 hingga 16 tahun).
"Ujian SEGAK hanya dilaksanakan kepada murid Tingkatan 5 (berumur 17 tahun) bagi tahun 2020," jelasnya lagi di dalan surat tersebut.
Kementerian turut memaklumkan, tempoh pelaksanaan ujian SEGAK dilanjutkan sehingga 30 November 2020.
0 Ulasan