Contoh Penulisan Keberhasilan PBPPP yang tepat

 

Penilaian komponen keberhasilan merupakan sebahagian daripada Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Jumlah markah penilaian keberhasilan ialah 100%. Dalam penilaian keseluruhan PBPPP, penilaian ini menyumbang wajaran sebanyak 10%. 


Rajah di bawah  menunjukkan pecahan wajaran mengikut komponen dalam PBPPP.





Penilaian keberhasilan merupakan penilaian hasil kerja utama (outcome)yang memberi impak berdasarkan Tugas dan Tempat Bertugas.

Asas penilaian keberhasilan berfokuskan kepada peningkatan atau pencapaian. Ketiga-tiga perkara berikut perlu dipertimbangkan secara profesional semasa membuat penilaian keberhasilan iaitu: 


a) usaha; 
dan/ atau-inisiatif dalam meningkatkan keberhasilan 

b) kesungguhan; 
dan/ atau-berusaha dengan penuh minat, tekun dan seikhlas hati

c) keberkesanan tugas
-hasil kerja yang memberi impak kepada organisasi


Catat Ulasan

0 Ulasan